Jumaat, 16 Januari 2015

Jumaat, Januari 16, 2015
Alyah Langgar Kereta Ramli MS Sehingga Remuk | Aduhaiii Alyahh...apa nak jadi ni. terbaru menerusi laporan Harian Metro, penyanyi Alyah dikatakan telah melanggar kereta milik suaminya itu sehingga remuk.

Alyah Langgar Kereta Ramli MS Sehingga Remuk

Semuanya gara-gara gambar kontroversi suaminya dengan seorang wanita yang pernah dimuatnaik oleh Alyah baru-baru ini.

Alyah mengaku dengan sengaja telah bertindak melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS ketika perbalahan berlaku.

"Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu," ujar Alyah.

Ramli MS Kahwin Lain, Alyah Kecewa Di Permainkan?

Akibat ikutkan rasa itu, penyanyi tersebut mengakui kerugian sebanyak RM11,000 bagi kos membaiki semula bahagian depan keretanya yang remuk.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Ramli MS berkata kekecohan di media sosial yang dimulakan oleh Alyah merupakan satu langkah tidak bijak.

sumber
http://beautifulnara.com/alyah-akui-langgar-kereta-ramli-ms-kerana-gagal-kawal-emosi/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.