Isnin, 12 Januari 2015

Isnin, Januari 12, 2015
Amar Baharin Dakwa Tiada Hubungan Dengan Penyanyi Lama | Pelakon Amar Baharin menyangkal dakwaan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan pada Ahad kononnya dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang penyanyi yang sudah lama menyepi daripada industri.

Amar Baharin Dakwa Tiada Hubungan Dengan Penyanyi Lama

Kata Amar, dia berasa pelik dengan gosip berkenaan kerana dia sendiri tidak mengetahui penyanyi yang dimaksudkan dalam artikel berkenaan.

"Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan itu kerana saya sendiri tidak mengetahui siapakah penyanyi yang dimaksudkan.

"Tetapi apa yang penting saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana penyanyi,"

Dalam pada itu, Amar berkata, kesan daripada gosip berkenaan dia mendapat banyak pertanyaan termasuk daripada ahli keluarganya yang ingin mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu.

Tambah Amar lagi, dia terkilan apabila isu itu tidak ditanya terus kepadanya untuk mendapatkan kepastian sebelum ia diterbitkan.

"Saya tiada masalah sekiranya ada wartawan ingin menulis artikel mengenai saya malah berterima kasih tetapi dalam hal sebegini rasanya lebih baik ia datang daripada mulut saya sendiri.

"Apabila artikel sebegini keluar bagi saya ia tidak menghormati artis dan saya sendiri tidak tahu bagaimana ingin menjawab terutama pertanyaan daripada keluarga," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai persahabatan dengan Izreen yang dikatakan renggang, Amar menjelaskan mereka kini kembali dengan kehidupan masing-masing seperti mana sebelum terlibat dalam drama bersiri Kerana Terpakssa Aku Relakan (KTAR).

Kata Amar, dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu isu kerana mereka mempunyai kehidupan sendiri tambahan drama berkenaan juga sudah selesai ditayangkan.

"Apabila kami dilihat rapat dikatakan bercinta dan sekarang dikatakan putus pula. Hakikatnya kami hanya kawan dan sekarang masing-masing buat hal sendiri.

"Orang mempersoalkan tentang hubungan kami mungkin impak daripada drama tersebut dan harap tiada lagi isu mengenai kami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Amar berkata, dia bakal memasuki set penggambaran drama berdiri Mr London Mrs Langkawi disamping pelakon Zul Ariffin dan Izara Aishah.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/12/amar-baharin/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.