Selasa, 13 Januari 2015

Selasa, Januari 13, 2015

Anak Ketuk Kepala Ibu Guna Tukul Sampai Mati | Seorang nenek berusia 75 tahun maut selepas kepalanya diketuk dengan tukul besi oleh anak lelakinya yang sakit mental di Taman Cheras Awana, pagi tadi.

Anak Ketuk Kepala Ibu Guna Tukul Sampai MatiKejadian 10.30 pagi itu berlaku selepas suspek yang berusia 36 tahun berang apabila ibunya itu mendesaknya memakan ubat psikotropik yang dibekalkan pihak hospital untuk merawat penyakitnya.

Menurut sumber, suspek menghubungi kakaknya yang berada di rumah berhampiran selepas memukul ibunya namun tidak dijawab sebelum dia menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

"Suspek dipercayai mengalami masalah mental selepas dia terbabit dalam kemalangan 10 tahun lalu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/23560


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.