Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, Januari 03, 2015
Anggota Polis Maut, Kepala Di Tembak | Anggota Unit Kereta Peronda (MPV) maut dengan kesan tembakan di kepala di bilik air di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling, hari ini.

Anggota Polis Maut, Kepala Di Tembak

Sumber polis berkata, mayat koperal lelaki berusia 48 tahun itu ditemui seorang tukang kebun, kira-kira 10 pagi ini.

Menurutnya, polis turut menemui pistol jenis Walter P99 dipercayai milik mangsa.

Sehingga ini, katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani untuk bedah siasat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/21296


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.