Khamis, 22 Januari 2015

Khamis, Januari 22, 2015
Anggota Polis Sebar Video Zamani Di Kenal Pasti | Anggota polis yang merakam dan menyebarkan video Zamani menyanyi dalam keadaan bergari ketika dalam tahanan sudah dikenal pasti.

Anggota Polis Sebar Video Zamani Di Kenal Pasti

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, siasatan bagi mengesan pegawai dan anggota lain yang turut terbabit menyebarkan video berkenaan turut dilakukan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan kertas siasatan akan disiapkan secepat mungkin untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Selain itu, siasatan dalaman dari segi salah laku dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor," katanya menerusi kenyataan media petang tadi.

Video Zamani Menyanyi Dengan Tangan Bergari, Pengurus Ambil Tindakan

Katanya, polis memberikan jaminan akan melakukan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa dan tindakan tatatertib akan diambil kepada anggota atau pegawai polis yang terbabit merakam dan menyebarkan video itu.

Anggota Polis Sebar Video Zamani Di Kenal Pasti

Rakaman video berdurasi 1 minit 23 saat itu menjadi viral hari ini dan mendapat kritikan ramai kerana dianggap mengaibkan penyanyi terbabit.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/25581


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.