Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
Australia Tak Benar Sirul Azhar Balik Malaysia | Australia tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia bagi mendapatkan perintah ekstradisi untuk membawa pulang Sirul Azhar Umar.

Australia Tak Benar Sirul Azhar Balik Malaysia

Memetik laporan dari Sydney Morning Herald, permohonan oleh kerajaan itu tidak boleh dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati keatas Sirul Azhar Umar.

Menurut laporan yang memetik kenyataan dari Jabatan Penguam Negara Australia itu lagi, permohonan itu hanya akan dipenuhi oleh Australia sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati keatas bekas anggota elit polis itu.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” memetik petikan laporan tersebut yang dialih bahasa oleh Malaysiakini.

Australia Tak Benar Sirul Azhar Balik Malaysia

Untuk makluman umum, Australia merupakan sebuah segara yang tidak memperuntukkan hukuman mati di dalam undang-undangnya.

Sirul Azhar Umar merupakan tertuduh kedua dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Sirul Azhar menghadirkan diri ke mahkamah pada Selasa lalu menyebabkan Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap keatasnya.

Sirul Azhar Umar dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

sumber
https://www.malaysiakini.com/news/286413


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.