Jumaat, 23 Januari 2015

Jumaat, Januari 23, 2015
Ayam Langgar Bumper Kereta Hingga Berlubang | Nak tergelak pun ada bila melihat keadaan yang agak pelik tapi benar ini. Mana taknya, macam tak logik pulak bila ayam langgar bumper kereta, tapi ayam tak mati bumper kertea pulak yang berlubang.

Ayam Langgar Bumper Kereta Hingga Berlubang

Only in China...bende pelik...bende menarik ...macam-macam kisah boleh kita dapati disana. Maklum lah, negara besar....

Namun, apa yang nyatanya, seekor ayam yang tersangat sado telah mengalami kemalangan dengan sebuah kereta jenama Jepun di negara China.

Menariknya, ayam ini berjaya membuat lubang pada bumper kereta tersebut. Perkara ini terjadi pada seorang lelaki bernama Huang Lingyong.

Kejadian berlaku di kawasan perindustrian Xinfeng. Ketika itu, Huang Lingyong sedang memandu keretanya dengan kelajuan sekitar 112 kmh  dan tidak menyangka seekor ayam tiba-tiba melintas di depannya.

Ayam Langgar Bumper Kereta Hingga Berlubang

Akibatya, dia mendengar bunyi dentuman yang cukup kuat, Huang memberhentikan keretanya lalu mencari kerosakan keretanya.

Mengejutkan apabila dia mendapati ayam itu terperangkap di antara retakan bumpernya.

Ayam tersebut selamat. Apapun, Huang Lingyong perlu menanggung kos kerana bumper keretanya yang mengalami kerosakan.

Namun menurut Huang, bumper tersebut adalah buatan China dan tidak asli, tidak hairan kalau seekor ayam yang melanggar keretanya boleh menyebabkan lubang seperti itu.

sumber
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=21269527


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.