Isnin, 19 Januari 2015

Isnin, Januari 19, 2015
Azmi  Sebenarnya Terharu & Takut Menyanyi Di AJL29 | Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 28, terharu dan €˜'takut' apabila diberi peluang oleh Mojo untuk menyanyikan lagu Romancinta di malam kemuncak Anugerah Juara Lagi ke-29 (AJL29) di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Azmi  Sebenarnya Terharu & Takut Menyanyi Di AJL29

Azmi berkata, dia bagaimanapun lega apabila banyak dibantu anggota Mojo.

"Menyanyi di AJL pastinya berbeza kerana sebelum ini saya hanya menyanyi di jalanan saja. Biasanya saya tahu siapa penonton saya, tetapi di AJL saya tidak tahu berapa ramai yang menonton. Saya cuma mendengar penonton menjerit-jerit."

"Saya hanya tahu penonton sukakan persembahan kami selepas diberitahu Edry sebaik persembahan tamat," katanya yang sudah setahun '€˜busking'€™ di sekitar Kuala Lumpur.

Azmi berkata, dia memang minat menyanyi dan '€˜busking' sejak dulu.

"€œSaya memang suka menyanyi. Suara saya ini anugerah Tuhan," katanya.

Ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim berkata, dia mendapat idea untuk menampilkan Caliph Buskers selepas menyaksikan persembahan kumpulan pemuzik Orang Kurang Upaya (OKU) itu di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, baru-baru ini.

"€œSaya jatuh hati selepas menonton persembahan mereka ketika mendendangkan lagu Romancinta dengan baik ketika itu,"€ katanya.

Percaturan Edry menampilkan Caliph Buskers yang semua ahlinya cacat penglihatan itu menjadi kerana persembahan mereka bukan saja mendapat tepuk sorak gemuruh oleh barisan juri serta lebih 15,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil sekali gus diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik.

Biodata Caliph Buskers Vokalis Lagu Romantika Cinta Kumpulan Mojo AJL29

Nama Ketua Vokalis: Azmi Saat

Asal: Felda Tenggaroh 3, Mersing, Johor Baharu

Umur: 28 Tahun

Pekerjaan: Vokalis Caliph Buskers dan penyanyi jalanan

Status: OKU (Kurang Penglihatan)

Lokasi: Bukit Bintang Kuala Lumpur

Kumpulan: Caliph Buskers

Azmi  Sebenarnya Terharu & Takut Menyanyi Di AJL29
Azmi Saat bersama isteri dan anak
Dalam temubual bersama radio Era FM pagi Isnin, Edry KRU menyatakan, beliau dan kumpulan Mojo berjanji akan keluar busking bersama Caliph Buskers di lokasi biasa mereka sebagai membalas jasa membawakan lagu Romancinta dengan penuh berkesan di AJL 29.

Selain itu, ada juga ura-ura mengatakan KRU Studios bakal mengambil kumpulan Caliph untuk bernaung di bawah syarikat rakaman mereka.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/2481


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.