Ahad, 11 Januari 2015

Ahad, Januari 11, 2015
Bapa Emma Maembong Mengamuk Lagi Kat Zizan | Beberapa hari lalu, bapa Emma Maembong, Ismail Embong memberikan komen pedas dilaman facebooknya berkenaan kenyataan Zizan Razak di sebuah akhbar. Untuk kali keduanya, Ismail Maembong meluahkan lagi isi hatinya menerusi Facebook...Ikuti komen beliau seterusnya dibawah...

Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan?
Ramai rakan nasihat biarkan mereka bertelagah dlm alam maya ini, buang masa dan sia2 jika jawab. Mmg betul saranan tu tp ku masuk juga. Dah masuk gelanggang susah nak keluar, fakta diputarbelit, yg mentah tak tahu apapun tumpang celah sekaki. Taka pa. 

Aku menjawab tulisan dlm Utusan Malaysia 1-1-15. Bincang soal kawin anakku, yg diwar2kan panjang lebar. Aku tak sebut pun Zizan, sbb tak ku ketahui samada ini darinya atau rekaan sipenulis Utusan. Marahku, dan setiap bapak lain, soal kawin anaknya digembar-gembur; lamar belum, diterima belum. 

Agaknya yg betul marah kat tulisanku itu mmg suka org bincang soal kawin anaknya tanpa pengetahuannya. Ku tak sekat pilihan anak; 4 dah kawin. Sesudah nikah (itu urusanku), buatlah acara apapun kehendak sisuami. Aku sudah serah anakku padanya, tiada kuasa lagi. Sebelum itu lamaran diterima atau tidak, jgn sesiapa ambil pusing, itu hak ku. 

Soal kepunyaan masyarakat pun dari sumber akhbar itu. Setiap org milikNya, masyarakat pun milikNya. Aku pun milikNya. Zizan juga milikNya. Masyarakat anggap dia milik umum kerana bidang diceburi, tak salah, tak ku kesah. Jangan dia sendiri mengaku ‘Aku milik masyarakat’. Jgn putar belit soal ini. Kata apapun terhadapku, bak curah air didaun keladi. Tempatku selalu terbuka luas, sila dtg luahkan perasaan. Patutnya sebelum menulis luas diakhbar, dtg saja jumpa aku. 

Umum tahu mereka berpacaran. Bertahun. Apa jadahnya dibesarkan soal kawin sebelum lamaran dibuat. Semua yg dah kawin itu dilamar olih keluarga masing2. Mereka ikut peraturanku, buat simple atau sederhana. Semua tiada hantaran sbb Maembong Ayoh tak percaya pd amalan itu. Tak payah kutuk, itu peganganku seorang.
Bapa Emma Maembong Mengamuk Lagi Kat Zizan

sumber
http://www.ohbulan.com/apa-jadahnya-diperbesarkan-soal-kahwin-sebelum-lamaran-ayah-emma-maembong/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.