Ahad, 18 Januari 2015

Ahad, Januari 18, 2015
Bayi Kembar Terbakar: Doa Buat Alisya Syafira | Seorang meninggal dunia, manakala seorang lagi kini bertarung nyawa selepas melecur, bahana api lilin membakar kelambu dan tilam dua bayi kembar perempuan itu dalam kejadian di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, 31 Disember lalu.

Bayi Kembar Terbakar: Doa Buat Alisya Syafira

Alisya Syafira Zuliksyan dan adik kembarnya Alisya Syahira yang berusia 33 hari masing-masing melecur 38 peratus dan 52 peratus.

Kedua-duanya dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, namun Alisya Syahira meninggal dunia pada 6.32 pagi, 5 Januari lalu.

Ibu mereka, Rohayu Baharudin, 24, meluahkan isi hatinya mendepani dugaan sebesar itu. Dia juga bercerita bagaimana kejadian berlaku, semuanya di akhbar Metro Ahad esok.

“Dia terlalu kecil untuk terima musibah sebegini. Saya tak sanggup tengok dia menderita,” kata Rohayu Baharudin, 24, ibu kepada bayi kembar malang yang terbakar dalam kejadian di rumahnya di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah, 31 Disember lalu.

Bayi Kembar Terbakar: Doa Buat Alisya Syafira

Dalam kejadian itu, Alisya Syafira Zuliksyan dan adik kembarnya Alisya Syahira yang berusia 33 hari terbakar masing-masing 38 peratus dan 52 peratus selepas kediaman mereka disambar api lilin.

Akibat kejadian itu, kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk menerima rawatan, namun Alisya Syahira menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.32 pagi, 5 Januari lalu.

Alisya Syafira pula masih bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sehingga semalam.

Mengimbas kembali kejadian itu, Rohayu yang juga suri rumah berkata, kedua-duanya anaknya sedang nyenyak tidur di bawah kelambu yang diletakkan di dalam bilik tidurnya selepas diberi susu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/24390


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.