Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, Januari 03, 2015
Belum Mengandung Lagi Laa - Eina Azma

Belum Mengandung Lagi Laa - Eina Azman | Eina Azman terkejut apabila gambar dia bersama suaminya, Datuk Paduka, Kaiser Gurmeet Harden, menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya yang mengandaikan dirinya sudah hamil.

Eina yang menafikan dakwaan itu berkata, andaian tersebut mungkin tercetus memandangkan dia memakai pakaian yang agak besar ketika itu.

"Ish... mana ada saya mengandung... orang nampak macam ada baby bump sebab saya pakai baju besar kot.

"Tambah pula sejak berkahwin pada Ogos tahun lalu, saya semakin berisi, jadi orang ingat saya dah hamil," katanya.

Pada 31 Disember lalu, Eina telah memuatnaik sekeping gambar dengan suaminya yang menikmati makan malam bersama sebelum menyambut sambutan tahun baru 2015.

Eina dilihat memakai pakaian longgar dan besar membuatkan pegikut-pengikutnya membuat andaian bahawa dia kini sedang hamil dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Sementara itu, tambah Eina, dia bagaimanapun tidak marah mahupun berkecil hati dengan komen-komen itu kerana menganggap ia juga satu doa agar dia dan suami memiliki cahaya mata suatu hari nanti.

Apatah lagi dia sudah pun bersedia untuk menimang anak dengan segera selepas melangsungkan majlis resepsi perkahwinannya pada 31 Januari ini di Hotel Istana.

Dalam pada itu, Eina berkata, dia kini sibuk menguruskan persiapan majlis resepsi tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira 1,000 orang tetamu.

"Insya-Allah pada minggu depan, kad jemputan sudah siap dan akan mula diedarkan.

"Banyak juga persiapan yang perlu dilakukan dan buat masa ini saya tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana ingin memberi fokus terhadap majlis ini," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/02/eina-azman-belum-hamil/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.