Jumaat, 16 Januari 2015

Jumaat, Januari 16, 2015
Black Hanifah Tak Makan 2 Hari Teruja Kelahiran Orang Baru |  "Isteri saya dimasukkan ke hospital dua hari lebih awal dan dalam tempoh itu saya hanya tidur atas kerusi saja kerana tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik pembedahan. Selepas anak saya dilahirkan, saya tak makan langsung selama dua hari kerana teruja.

Black Hanifah Tak Makan 2 Hari Teruja Kelahiran Orang Baru

Begitulah kata Black Hanifah mengenai kelahiran bayi lelakinya di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya pada 13 Januari lalu.

"Ibaratnya saya gembira 'gila' hingga lupa diri. Alhamdulillah keluarga juga sangat gembira dengan kelahiran anak kami," katanya.

Cira Isteri Black Selamat lahirkan Bayi Lelaki

Black dalam perkembangan lain mengakui terpaksa tolak beberapa undangan membuat persembahan kerana mahu meluangkan masa dengan anak sulungnya itu. Ketika ini Black belum menamakan lagi anaknya itu.

Black Hanifah Tak Makan 2 Hari Teruja Kelahiran Orang Baru

"Saya nak cuba habiskan masa jaga anak dan isteri. Saya nak rasa apa yang ibu dan bapa saya lalui sebelum ini. Insya-Allah bulan depan baru saya kembali bekerja," katanya.

Beberapa rakan selebriti dilihat turut menziarahi Black, isteri dan bayi lelakinya seperti Ifa Raziah dan Lan Kristal.

Black Hanifah Tak Makan 2 Hari Teruja Kelahiran Orang Baru

sumber
http://www.bharian.com.my/node/29468


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.