Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Budak 8 Tahun Hisap 2 Kotak Rokok Sehari | Seperti lagak orang dewasa, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Cikidang daerah Sukabumi sudah ketagihan rokok dan mampu menghabiskan sehingga dua kotak rokok sehari.

Budak 8 Tahun Hisap 2 Kotak Rokok Sehari

Menurut laporan detik.com, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai JJ itu sudah mula merokok sejak berusia enam tahun.

“Sudah dua tahun anak saya merokok dan ketagihan itu sukar dihentikan.

Apabila saya dan suami melarang, malah dia lari menghilangkan diri dari rumah,’’ kata Nursari, ibu JJ ketika ditemui di rumahnya, Selasa lalu.

Jelas Nursari, ketagihan anak lelaki ketiganya itu bukan sahaja sudah diketahui jirannya, malah guru sekolahnya.

Malah, seperti gaya orang dewasa, JJ akan merokok sambil minum kopi dan berbual dengan individu yang jauh lebih dewasa daripadanya.

“Kadang-kadang, dia akan merokok sambil ditemani bapa saudara atau jirannya. Ini membuatkan saya bingung bagaimana untuk menguruskannya. Pernah saya membawa JJ ke rumah orang pintar namun tidak membuahkan hasil,’’ katanya.

Kedatangan para wartawan ke rumah JJ langsung tidak dipedulikan kanak-kanak itu yang leka menghisap sebatang demi sebatang rokok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Sukabumi ketika dihubungi detik.com mengaku bahawa beliau baru mengetahui tentang ketagihan kanak-kanak tersebut.

“Saya baru dengar maklumat ini, nanti kita akan selaraskan dengan Pusat Kesihatan Cikidang yang tidak berapa jauh dengan rumah kanak-kanak itu supaya dapat kita ambil langkah awal supaya ketagihan itu tidak berlanjutan,’’ katanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-8-tahun-hisap-dua-kotak-rokok-sehari-1.51617


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.