Jumaat, 23 Januari 2015

Jumaat, Januari 23, 2015
Budak Derita Penyakit Kulit, Mudah Mengelupas & Tertanggal | Penderitaan yang dialami seorang kanak-kanak lelaki di China kerana menghidap penyakit kulit misteri, bukan penghalang buat dirinya untuk berjaya di alam persekolahan.

Budak Derita Penyakit Kulit, Mudah Mengelupas & Tertanggal

Kanak-kanak terbabit, Siong Lichen menderita penyakit Epidermolysis bullosa (EB) atau penyakit yang menyebabkan kulitnya mudah mengelupas dan tertanggal sejak dilahirkan lapan tahun lalu, sekali gus dinasihati doktor agar berehat di rumah.

Malah doktor memaklumkan ibu bapanya, Wang Xiaying, 39, dan Song Zhongmin, 43, bahawa anak mereka itu tidak akan hidup lama.

Budak Derita Penyakit Kulit, Mudah Mengelupas & Tertanggal

Walaupun Xiaying dan Zhongmin cuba merawat anak mereka di hospital pakar di Zhengzhou, wilayah Henan, tetapi penyakit yang dialami Lichen sangat jarang berlaku dan doktor tidak tahu cara untuk merawatnya.

Kini selepas hampir sedekad berlalu, kekurangan pada diri Lichen tidak melemahkan semangatnya untuk menjadi pelajar cemerlang di kelasnya apabila dia mengabaikan nasihat doktor dan menghadiri sesi persekolahan se­perti biasa.

Lichen turut digelar sebagai rama-rama kecil dalam kalangan kawan-kawannya kerana keadaan kulitnya yang mudah pecah seperti sayap seekor rama-rama, selain menyebabkan rasa sakit yang teruk.

Budak Derita Penyakit Kulit, Mudah Mengelupas & Tertanggal

Bagaimanapun di sebalik semangat yang ditunjukkan Lichen, Xiaying berkata, keadaan anaknya itu semakin teruk dan dia tidak mahu menjamah makanan termasuk nasi.

“Saya cuba tabahkan hati demi nasib Lichen, tetapi ada kalanya saya akan menangis sendirian apabila mengenangkan penderitaan yang dialaminya.

“Jarinya selalu terlekat dan dia tidak mempunyai kuku kerana se­ring gugur akibat penyakit misteri itu,” katanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kanak-kanak-lelaki-china-hidap-penyakit-kulit-misteri-1.50726
http://www.irishmirror.ie/news/weird-news/boy-whose-skin-falls-sleep-5010283


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.