Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015
ChaCha Maembong Bermasalah, Kerap Lewat Ke Lokasi | Teman produksi baru-baru ini menghubungi Cik Pang mengadu perihal Chacha Maembong kebelakangan ini sering lewat ke lokasi penggambaran.

ChaCha Maembong Bermasalah, Kerap Lewat Ke Lokasi

Kalau lambat setengah jam mungkin mereka boleh tahan lagi, tapi kalau sampai tiga jam sehingga menyebabkan penggambaran tidak boleh dilakukan, siapa tak 'naik angin'.

Hairan juga Cik Pang bila teman produksi mengadu perihal Chacha kerana sebelum ini tidak pernah pula Cik Pang dengar adik Emma Maembong itu memberi masalah kepada produksi.

Macam mana kakaknya menjaga disiplin kerja, begitu juga Chacha. Cik Pang tanya juga teman produksi punca sebenar kenapa Chacha lewat sampai tiga jam untuk sampai ke lokasi.

Jelas teman produksi itu, selepas membuat risikan, dia mendapat tahu Chacha berlakon dua tiga drama dalam satu masa dan terkejar-kejar dari satu lokasi ke satu lokasi, menyebabkan dia sering lewat. Malah, perkara itu juga menjadi rungutan produksi lain juga.

Soal terima dua tiga kerja dalam satu masa bukan perkara baru kerana sebelum ini pun ada juga pelakon popular melakukan perkara sama, tetapi mereka tidak pernah menimbulkan masalah seperti dilakukan Chacha.

Satu yang Cik Pang tahu me­ngenai pelakon yang terima tawaran dua atau tiga drama dalam satu masa ini, biasanya mereka akan berterus-terang de­ngan produksi terbabit.

Semua tawaran itu hanya akan diterima jika mereka memang berbeza watak, maksudnya mungkin untuk drama pertama watak utama dan dua lagi drama sekadar watak pembantu. Dengan cara itu, jadual lebih mudah disusun.

Apabila pelakon berterus-terang, pengurus produksi akan berhubung antara satu sama lain bagi menentukan jadual artis. Malah, mereka tahu bila waktu kerja di lokasi satu lagi akan selesai dan ia memudahkan lokasi kedua membuat persediaan.

Cik Pang faham industri kita kecil dan tidak besar mana. Bayaran berlakon juga tidak besar. Bagi artis, kalau dua tiga tawaran datang, ia dianggap rezeki yang tidak mudah ditolak.

Cuma, perkara itu bukan masalah kalau semua pihak memainkan peranan dan membantu antara satu sama lain. Paling penting, Chacha harus jujur dan memberitahu semua pihak bagi memudahkan segala kerja.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/21360#sthash.IlRffSHj.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.