Jumaat, 16 Januari 2015

Jumaat, Januari 16, 2015
Charlie Hebdo: Kebebasan Bersuara Ada Hadnya - Pope Francis : Pope Francis berkata kebebasan bersuara mempunyai had, terutama jika ia menghina atau memperlekeh kepercayaan orang lain.

Charlie Hebdo: Kebebasan Bersuara Ada Hadnya - Pope Francis

Merujuk kepada serangan di Paris ketika dalam perjalanan ke Filipina, Pope Francis berkata mempertahankan kebebasan bersuara bukan saja hak asasi manusia tetapi tanggungjawab menyatakan pemikiran seseorang itu untuk kebaikan bersama.

Namun, beliau berkata ia ada hadnya. Beliau menjadikan Alberto Gasparri, individu yang mengatur perjalanan beliau dan berada di sisi dalam pesawat itu, sebagai contoh.

"Jika kawan baik saya, Dr Gasparri mengeluarkan kata-kata kesat terhadap ibu saya, beliau boleh menjangkakan satu tumbukan," katanya sambil melakukan aksi tumbukan ke arah Gasparri.

"Ia perkara biasa. Anda tidak boleh melakukan provokasi. Anda tidak boleh menghina kepercayaan orang lain. Anda tidak boleh mempersendakan kepercayaan orang lain."

12 Juta Umat Islam Di Bunuh Tak Siapa Peduli Berbanding 12 Orang Di Paris

Ramai pihak di seluruh dunia mempertahankan hak akhbar satira Charlie Hebdo menerbitkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW sebelum serangan terhadap pejabat akhbar mingguan itu.

Baru-baru ini, Vatican dan empat imam utama Perancis mengeluarkan kenyataan bersama yang mengutuk serangan itu tetapi menggesa media menghormati agama. - AP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/29566


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.