Khamis, 22 Januari 2015

Khamis, Januari 22, 2015
Charlie Hebdo: Pegawai Polis di Tembak Sebenarnya Tak Mati?| Serangan berdarah dua individu terhadap penerbit majalah satira Charlie Hebdo mengejutkan seluruh dunia.

 Charlie Hebdo: Pegawai Polis di Tembak Sebenarnya Tak Mati?

Menurut media antarabangsa, pihak berkuasa merekodkan 12 kematian dalam serangan tersebut dan motif serangan pula didakwa berpunca daripada penerbitan majalah karikaturnya yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW.

Namun, benarkah seperti yang dilaporkan media bahawa anggota polis dalam serangan itu mati ditembak?

Sebuah video bertajuk ‘Charlie Hebdo Shootings - Censored Video’ yang berdurasi hampir tiga minit mendedahkan bahawa penyerang Charlie Hebdo tidak menembak kepala anggota polis yang terlibat dalam serangan tersebut, sebaliknya penyerang itu dikatakan membidik laras automatiknya ke lantai dan melepaskan tembakan jauh dari kepala anggota pihak berkuasa itu.

"Kalau kita lihat secara jelas, kita boleh nampak pegawai polis itu sebenarnya tidak ditembak pada kepala seperti yang dilaporkan oleh media, sebaliknya peluru tersebut terkena pada lantai di kepalanya.

"Kita boleh tengok debu berterbangan di kaki lima berdekatan kepalanya, menandakan tembakan dilepaskan di situ. Penyerang menggunakan laras senapang AK-47, dengan sebutir peluru mengenai kepala, ia cukup untuk membuatkan otak dan darah berada dimana-mana…

Kalau ini pun mereka tipu, apa lagi yang mereka boleh tipu?” katanya seperti yang dipetik menerusi video tersebut.

Serangan Charlie Hebdo: Ahmed, Pegawai Polis Beragama Islam Turut Terbunuh

Pemilik video tersebut juga mendedahkan tiada tompok darah dikesan pada mangsa yang dikatakan ditembak, sekaligus menguatkan lagi andaian bahawa anggota polis tersebut terselamat dari peluru penyerang tersebut.

Video yang didedahkan sejak 10 Januari itu dilapor mendapat 2,687,612 hit dan angka tontonannya terus meningkat naik.

Sementara itu, pendedahan paparan video tersebut mencetuskan pelbagai pendapat dan reaksi orang ramai.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/charlie-hebdo-polis-tidak-ditembak-mati-1.352779


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.