Khamis, 8 Januari 2015

Khamis, Januari 08, 2015
1
Charlie Hebdo, Seorang Suspek Maut, 2 Lagi Di Tahan

Charlie Hebdo, Seorang Suspek Maut, 2 Lagi Di Tahan | Salah seorang daripada suspek yang terlibat dalam serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo dilaporkan terbunuh sementara dua lagi suspek berjaya ditahan oleh pihak polis, menurut laporan media tidak rasmi.
Y
NBC News, memetik dua pegawai kanan Counter-terrorism Amerika Syarikat, sebagai berkata, gerakan membanteras militan sedang dilakukan di bandar Reims, Perancis.

Polis Perancis turut melancarkan ops memburu suspek secara besar-besaran pada lewat malam Rabu kerana terlibat dengan kes membunuh 12 orang di pejabat akhbar satira mingguan di Paris.

Televisyen tempatan turut memaparkan beberapa penembak tepat yang berpakaian serba hitam daripada unit polis elit, di tempatkan di Jalan Reims, Champange, Perancis.

Laporan tersebut mendakwa dua daripada suspek merupakan adik beradik sementara seorang lagi suspek merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun.

Polis juga telah mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan 12 individu yang menyerang Charlie Hebdo pada Rabu.

Mereka dikenalpasti sebagai  Said Kouachi, 34, Cherif Kouachi, 32, dan Hamyd Mourad. 

Dalam pada itu, Hamyd Mourad dikatakan menyerah diri kepada polis pada Rabu pada jam 11:00 malam waktu tempatan (2200 GMT) selepas mendapati namanya disebarkan dalam media sosial.

"Dia ditahan dan sekarang dalam jagaan polis," kata seorang lagi sumber.

Sumber polis mengatakan salah seorang daripada suspek dikenalpasti melalui kad pengenalannya yang tertinggal di kereta yang ditinggalkan oleh mereka.

Adik beradik Kouachi berasal dari Perancis sementara Mourad pula berasal daripada bandar raya timur laut,  Reims, menurut satu laporan.

Salah seorang daripada dua beradik itu mempunyai rekod terlibat dengan aktiviti keganasan.

Serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo, disifatkan sebagai insiden berdarah terburuk pernah berlaku di Perancis.

Ia didakwa dilakukan kumpulan militan Islam kerana akhbar tersebut pernah membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/01/08/suspek-dibunuh-charlie-hebdo/
http://www.dailymail.co.uk


1 comments:

  1. Inilah akibat menghina agama orang lain ,nyawa jadi taruhannya

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.