Rabu, 14 Januari 2015

Rabu, Januari 14, 2015
David Cameron Mahu Haramkan WhatsApp & Snapchat | Perdana Menteri UK, David Cameron mengatakan, beliau akan megusulkan pengaharaman  WhatsApp dan Snapchat jika beliau memenangi pilihan raya umum pada tahun ini di negara tersebut. 

David Cameron Mahu Haramkan WhatsApp & Snapchat

Langkah itu akan dicadangkan sebagai satu langkah pengawasan baru berikutan serangan pengganas yang berlaku di Perancis beberapa hari lalu.

Cameron, berkata di Paris – dalam komen yang dipetik oleh The Independent - “Di negara kita, mahukah kita membenarkan satu cara komunikasi antara seseorang dengan seseorang yang lain… yang mana kita tidak boleh membacanya?”

Beliau menyatakan dengan jelas bahawa beliau mahu menghentikan penggunaan kaedah komunikasi yang tidak boleh dibaca oleh pihak keselamatan negara walaupun pihaknya mempunyai waran. Ini termasuklah aplikasi komunikasi media sosial seperti WhatsApp dan Snapchat yang mempunyai fungsi penyulitan (encrypt)  data.

WhatsApp telah menambah fungsi penyulitan data (encrypt) pada perkhidmatan mereka pada lewat 2014.

Pada kebiasaannya, walaupun pihak kerajaan boleh memohon untuk mengenakan sekatan dan larangan ke atas aplikasi komunikasi dan meminta aplikasi tersebut dikeluarkan dari kedai aplikasi arus perdana (google play & itunes), namun, ia akan menjadi hampir mustahil untuk menghalang penggunaannya sepenuhnya. 

Pengguna bagaimanapun masih boleh memuatturun aplikasi tersebut dari pelbagai website yang lain.

Namun begitu, jika undang-undang pengharaman itu dilaksanakan seperti yang dicadangkan, ianya pasti akan menghadapi cabaran yang serius daripada kumpulan-kumpulan pejuang hak kebebasan awam.


sumber
http://www.wangcyber.com/whatsapp-snapchat-mungkin-akan-diharamkan-di-uk-jika/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.