Selasa, 6 Januari 2015

Selasa, Januari 06, 2015
Derita Kudis Selepas Banjir | Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun menanggung derita apabila separuh tubuhnya dijangkiti kudis buta selepas mengharungi banjir yang menenggelamkan kampungnya di Jeram Panjang, Laloh, pada 23 Disember lalu.

Derita Kudis Selepas Banjir

Lebih menyedihkan, Farahlydiana Mohd Zaphie terpaksa menanggung kesakitan itu selama beberapa hari berikutan terperangkap lima hari di sebuah bukit selepas kawasan perkampungannya dinaiki air.

Separuh tubuhnya terutama di lengan dan lutut kanan ditumbuhi kudis hingga bernanah sebaik banjir beransur surut, 27 Disember lalu.

Mangsa hanya dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK), Rabu lalu, apabila kudisnya semakin melarat untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ibunya, Nor Azila Mohd Zaidi, 27, berkata, paras air naik mendadak bermula jam 4 petang menyebabkan dia dan anaknya bergadai nyawa meredah air untuk berlindung di Bukit Tembeling, lima kilometer dari rumahnya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/21646


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.