Sabtu, 10 Januari 2015

Sabtu, Januari 10, 2015
Detik Cemas Seorang Lelaki Kaki Tersepit di Landasan Kereta Api | Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila kakinya tersepit di antara kereta api dan platform di stesyen kereta api Stirling, Perth, Australia.

Detik Cemas Seorang Lelaki Kaki Tersepit di Landasan Kereta Api

Di dalam video yang menjadi viral di YouTube dan Facebook sejak Ogos 2014, lelaki malang itu kelihatan sudah melangkah masuk ke dalam kereta api sebelum sebelah kakinya tiba-tiba terjerumus dan tersepit.

Namun lelaki itu bernasib baik, apabila penumpang lain yang menyedari kejadian itu, beramai-ramai membantunya dengan ‘menolak’ kereta api tersebut.

Lelaki tersebut akhirnya berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kebanyakan penonton memberi komen memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh para penumpang lain dan percaya kejadian itu membuktikan rasa peri kemanusiaan masih lagi tebal dalam kalangan masyarakat.



sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/tolak-kereta-api-untuk-selamatkan-mangsa-tersepit-1.348672


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.