Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
Di Fitnah Isteri Sendiri, Ezany Minta Isteri Kembali Ke Pangkal Jalan | Belum pun selesai krisis rumahtangga yang dihadapinya, pelakon Ezany Nizariff kini didakwa pula telah berkahwin dengan dua wanita di Perlis baru-baru ini oleh isterinya sendiri.

Di Fitnah Isteri Sendiri, Ezany Minta Isteri Kembali Ke Pangkal Jalan

Ezany yang berang dengan dakwaan itu menulis sendiri di status akaun Facebook miliknya yang dia telah dituduh sudah berkahwin dengan dua wanita oleh isterinya, Lizda Nuryanti.

Di bawah status yang telah dimuat naik Ezany dilaman Facebooknya:

Di Fitnah Isteri Sendiri, Ezany Minta Isteri Kembali Ke Pangkal Jalan

Ezany berkeras seperti menafikannya dan mencabar seseorang untuk membuat semakan di Pejabat Agama Perlis untuk mendapat kesahihan benarkah dia sudah berkahwin dengan dua wanita itu di sana.

Mahkamah Benar Ezany Tolak Permohonan Cerai Isteri Cara Baik

Tiada apa yang diminta oleh pelakon itu selain meminta isteri kembali ke pangkal jalan.

Pada 17 Julai 2014, Ezany membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang setelah mendakwa isterinya dilarikan seorang lelaki.

Menurut Ezany, dia menyedari kehilangan isterinya setelah bangun tidur kira-kira pukul 4.30 pagi untuk bersahur dan mendapati pintu utama rumahnya tidak berkunci.

Di Fitnah Isteri Sendiri, Ezany Minta Isteri Kembali Ke Pangkal Jalan

Ezany kemudian telah pun mengemukakan permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya di mahkamah sama pada 22 Julai 2014 setelah wanita itu keluar dari rumah kelamin mereka di Seri Kembangan pada 17 Julai lalu.


Ezany Nizariff Dedah Gambar Kekasih Isteri Di Facebook?

Isterinya kemudian memohon bercerai secara baik, namun ditolak oleh Ezany. Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/638946/ezany-nizariff-didakwa-dah-berkahwin-dengan-2-wanita


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.