Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
Diana Rafar Failkan Perceraian Terhadap Zamarul : Diana Rafar menerusi Berita Harian hari ini dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya Zamarul Hisham di mahkamah Shah Alam.

Diana Rafar Failkan Perceraian Terhadap Zamarul

Terdahulu kisah rumah tangga pasangan ini yang dibina sejak 16 Mei 2009 kerap menjadi tumpuan ramai peminat kerana pelbagai desas desus namun ianya berjaya ditepis Diana.

Sehingga kini, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia 5 tahun.

Diana Rafar juga telah mengesahkan perkara itu kepada pihak Berita Harian.

"Ya, saya telahpun memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perceraian kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,"

Namun disebalik dugaan hebat ini, Diana turut berkongsi mengenai dirinya yang telah bertudung sejak 23 Disember lalu.

"Disebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Allah untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang tak lengkap.

Diana Rafar Failkan Perceraian Terhadap Zamarul

"Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain difikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.

"Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokkan harinya saya tanggalkan kembali selendang itu namun terasa janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan sebegini," katanya lagi.

sumber
Berita Harian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.