Jumaat, 9 Januari 2015

Jumaat, Januari 09, 2015
Dua Beradik Yang Hilang Telah Di Temui: Pihak polis dilaporkan telah menemui dua kanak-kanak yang hilang sejak malam kelmarin.

Dua Beradik Yang Hilang Telah Di Temui

Perkara tersebut dimaklumkan oleh ibu saudara mangsa Azrizah Ahmad. Menurut Azrizah, keluarga mangsa menerima panggilan pihak polis tentang penemuan anaknya pagi tadi.

Bagaimanapun pihak keluarga mangsa masih belum dibenarkan bertemu kanak-kanak tersebut.

Tambahnya, pihaknya dimaklumkan kanak-kanak itu perlu dibawa ke hospital untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ASP Sulaiman Salleh mengesahkan kedua-dua beradik itu telah ditemui berada dibawah jagaan bapa kandung.

Dua Beradik Yang Hilang Telah Di Temui

Kedua-dua beradik itu dilaporkan hilang selepas keluar membeli minuman disebuah kedai berhamoiran di rumah mereka di Jalan Pinang 52, Taman Daya sekitar jam 8 malam kelmarin.

Ketika kejadian ibu kanak-kanak tersebut sedang mengajar mengaji di bangunan berhampiran.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/22711


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.