Ahad, 25 Januari 2015

Ahad, Januari 25, 2015
Edry Mahu Saman Aweera | Kontroversi yang tercetus antara Edry KRU dengan bekas vokalis kumpulan MOJO, Aweera seperti tiada tanda-tanda bakal berakhir.

Edry Mahu Saman Aweera

Masing-masing bertindak menyalah dan mengkritik satu sama lain meskipun vokalis baru kumpulan MOJO telah diperkenalkan kepada pihak media.

Gandingan hebat kumpulan MOJO bersama Caliph Busker yang membawa lagu Roman Cinta dalam pentas Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang minggu lepas terus hangat diperkatakan.

Aweera pula dilihat berani mengeluarkan statement, mendakwa Edry Abdul Halim bijak ‘berdrama’ bagi meraih simpati masyarakat Malaysia hingga kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29).

Susulan itu, Edry selaku kumpulan MOJO memandang serius perkara berkenaan dan bakal mengambil tindakan undang-undang kepada Aweera.

“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” kata Edry seperti dipetik dari akhbar Harian Metro.

Menurut Edry, keputusan ini diambil kerana bengang dengan sikap Aweera yang keterlaluan hingga asyik mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan kumpulan MOJO menerusi media.

“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu, kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambahnya lagi.



sumber
http://mynewshub.cc/2015/01/24/edry-kru-bakal-hantar-surat-peguam-kepada-aweera/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.