Rabu, 7 Januari 2015

Rabu, Januari 07, 2015
Emma Maembong Sahkan Hubungan Dengan Zizan Putus | “Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya,” katanya secara ringkas menerusi khidmat mesej WhatsApp kepada wartawan Harian Metro, berikutan heboh kisah cinta mereka telahpun putus ditengah jalan.

Emma Maembong Sahkan Hubungan Dengan Zizan Putus

Emma Maembong akhirnya mengesahkan sendiri hubungan cintanya dengan Zizan Razak berakhir.

Namun begitu, ketika ditanya apa yang menyebabkan hubungan mereka berakhir, menurut Emma dia belum bersedia untuk berkongsi perkara itu dan akan bercerita lanjut apabila sudah bersedia kelak.

“Minta maaf saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham,” katanya.

Emma Maembong Minta Zizan Putuskan Hubungan Cinta?

Ura-ura keretakan hubungan Emma dan Zizan atau Mohd Razizan Razak, 31, mula diperkatakan beberapa minggu lalu, namun pada ketika itu kedua-duanya menyangkal.

Menerusi Instagramnya, Emma juga dilihat memuat naik lagu seolah -olah hubungan cintanya bersama Zizan telahpun berakhir.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/22154


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.