Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, Januari 01, 2015
Enggan Ke Rumah Orang Tua, Duduk Sini Pun Tak Apa - Pakcik Muhammad | Perjalanan menuju ke pondok pakcik Muhammad Deris melalui denai di sebalik pokok-pokok lanskap di kawasan yang dikelilingi kediaman golongan elit.

Enggan Ke Rumah Orang Tua, Duduk Sini Pun Tak Apa - Pakcik Muhammad

Namun di sebalik kawasan perumahan banglo dan kediaman serba mewah itu, terselit sebuah pondok usang yang hampir rebah menyembah bumi yang dianggap ‘mahligai’ oleh warga emas berkenaan.

Keadaan persekitaran yang becak digenangi air, takkala musim hujan pasti menyukarkan pergerakan Muhammad Deris untuk keluar masuk.

Hati mana tidak tersentuh melihat seorang warga emas yang dimamah usia, duduk berseorangan di bawah pokok dan tanpa berbaju, menyambut kedatangan kami yang tidak diundang dengan senyuman tawar.

“Ada orang datang, jumpa pakcik nak hantar ke rumah yang ramai orang tua tu, pakcik tak mahu…pakcik duduk sini pun tak apalah.

“Kalau nak bantu pakcik, pakcik cuma nak satu rumah sahaja yang ada satu bilik pun cukup dah, dengan duit sedikit, itu sahaja,” katanya ketika ditanya mengapa dia memilih untuk terus tinggal di pondok kecil dalam belukar itu, sejak sekian lama.

Pakcik Muhammad yang sudah berusia 74 tahun itu, ditemui sepasukan anggota polis dari Balai Polis Wangsa Maju yang sedang melakukan Ops Santa, pada 25 Disember lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Balai Wangsa Maju, Sarjan Jasman Aris, pihaknya mendapat maklumat awal, kemungkinan pondok itu menjadi sarang jenayah ataupun maksiat.

“Malam itu, kami memang sudah bersiap sedia dengan semua anggota lengkap bersenjata, kami memang dah sedia untuk menyerbu tempat berkenaan, tetapi apa yang kami temui sangat mengejutkan.

“Ketika itu, saya arahkan semua anggota untuk tidak berbuat apa-apa dan kami masuk ke dalam pondok berkenaan melihat seorang tua bertongkat,” katanya mengulas kembali penemuan warga emas itu.

Enggan Ke Rumah Orang Tua, Duduk Sini Pun Tak Apa - Pakcik Muhammad

Pakcik Muhammad yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu, datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki seawal usia 18 tahun.

Menurutnya, ketika meninggalkan keluarga, dia mempunyai seorang abang dan kakak, namun abangnya telah meninggal dunia.

Sementara kakaknya pula tidak diketahui sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia, kerana telah terputus hubungan sejak sekian lama.

Derita Warga Emas Hidup Sendirian Di Hutan Kota Raya

“Kalau pakcik ada anak saudara pun, pakcik sendiri pun tidak akan kenal mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Sarjan Jasman Aris turut memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk membantu Pakcik Muhammad.

“Kami cuba dapatkan bantuan daripada MAIWP bagi meringankan beban Pakcik Muhammad, dan pihak berkenaan bersetuju menyalurkan bantuan perumahan.

“Buat masa ini, MAIWP akan bantu bawa Pakcik Muhammad ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memperbaharui MyKad miliknya,” katanya.

Untuk melihat lagi 9 gambar, sila ke fanpage kami disini [ Gambar Warga Emas Keseorangan Di Hutan Batu Kotaraya Kuala Lumpur]

sumber
http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/31/saya-tak-mahu-ke-rumah-orang-tua-pakcik-muhammad/
Fb Balai Wangsa Maju KL


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.