Sabtu, 17 Januari 2015

Sabtu, Januari 17, 2015
Eric Paulsen Biadab- Mufti Kelantan| Tuduhan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paul-sen terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat kepada umat Islam mencerminkan dirinya yang sebenar.

Eric Paulsen Biadab- Mufti Kelantan

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, tuduhan yang dibuat ke atas Jakim itu sebenarnya berbalik kepada diri peguam itu sendiri kerana mengganggu gugat perpaduan rakyat negara ini.

Malah, beliau turut menyifatkan tindak-tanduk Eric sebagai biadab serta mempunyai agenda pencerobohan terhadap Islam dengan menyemai unsur-unsur provokasi dan penghinaan terhadap agama suci ini.

Katanya, khutbah Jumaat yang disediakan Jakim dan pihak berkuasa lain selama ini bertujuan mendidik masyarakat agar bersifat sederhana serta hidup dalam keadaan penuh harmoni.

“Tindakan Eric umpama menu­ding satu jari kepada orang lain te­tapi empat jari menuding pada diri sendiri. Isi kandungan khutbah Jumaat telah diselia begitu rapi. Sekiranya khutbah Jumaat ini mempunyai fahaman ekstremisme sudah lama Malaysia menjadi sebuah negara yang ekstremis.

“Sebaliknya sehingga hari ini, Malaysia masih sebuah negara yang masyarakatnya hidup dalam keadaan aman dan damai,” 

Sementara itu, Mohamad Shukri turut mendesak pihak bertanggung­jawab agar segera mengenakan tindakan tegas terhadap Eric.

Katanya, ini penting bagi mem­be­ri peringatan kepada semua in­di­­vidu agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan tuduhan yang boleh mengundang provokasi terhadap agama.

“Sejak akhir-akhir ini terdapat begitu banyak kes penghinaan terhadap agama Islam dan perkara ini perlu dibendung segera,” katanya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/politik/mufti-kelantan-sifatkan-eric-paulsen-biadab-8232-1.48139


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.