Isnin, 26 Januari 2015

Isnin, Januari 26, 2015
Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak | Dek kerana menyampuk Fazura ketika dia sedang memberikan komen di Maharaja Lawak 2014 yang lalu, nampaknya Zizan Razak dikritik ramai peminat dan juga selebriti lain.

Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak

Persembahan minggu lalu bertemakan silent comedy menyaksikan Zero menjadi kumpulan paling menonjol dan menerima sambutan hangat penonton.

Namun entah kenapa, persembahan kumpulan Virus pula dilihat semakin hambar dan tugasan minggu lalu juga dilihat seakan satu tugasan yang berat dan menjadi beban besar buat mereka.

Ketika Fazura sedang mengkritik Virus kerana persembahan hambar mereka, perbuatan Zizan yang mencelah seakan tidak dapat menerima kritikan nampaknya memakan diri sendiri.

Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak

Fazura menyatakan rasa kurang senangnya dengan membuat Tweet di Twitter dengan menulis,"It's ok to make mistakes, just don't be arrogant. Nobody cares about our fame, we are all humans. Do learn a thing or two about manners..

Tweet Fazura kemudian menerima sambutan hangat peminat lain dan komen pelbagai.

Selain itu, Elfira Loy juga lantang menyatakan pandangannya tentang isu tersebut di laman Twitternya, "Bila pernah bagus tiba-tiba dikritik nak angkuh, eii tak bagusnya"

Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak


Dan mungkin satu lagi yang tidak digemari peminat apabila Zizan mengatakan Dayang yang hitam manis kepada Dayang Nurfaizah.

Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak


Mungkin sedar perbuatannya tidak diterima peminat, Zizan Razak menerusi laman Instagramnya memohon maaf kepada semua.

Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak

“Saya hendak memohon maaf dengan seikhlas-ikhlasnya atas kata kata saya yang mungkin telah menyinggung perasaan sesiapa saja yang menyaksikan saya di pentas MLM minggu lepas”

“Saya hanya berniat bergurau dan tidak pernah berniat untuk mengguris hati sesiapa pun. Maafkan saya. Jujur dan ikhlas dari saya,”

sumber
http://www.ohbulan.com/mlm2014-fazura-meluat-dengan-perangai-zizan-razak-yang-berlagak/
http://www.rotikaya.com/isu-berlagak-zizan-razak-tulis-permohonan-maaf/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.