Jumaat, 9 Januari 2015

Jumaat, Januari 09, 2015
Ferarri Kuning Punca Sebenar Emma Maembong Merajuk | Sapa tak kenal dengan sikap Zizan yang memang gilakan aktiviti motor dan kereta lumba. Dek kerana sikapnya itu, Emma Maembong pun boleh merajuk dan kerap makan hati tambah-tambah bila Zizan dikatakan mahu membeli sebuah kereta sukan yang sangat mewah.

Ferarri Kuning Punca Sebenar Emma Maembong Merajuk

Emma Maembong dikatakan tidak bersetuju dengan hasrat Zizan yang ingin memiliki kereta mewah yang akhirnya tercetusnya salah faham di antara mereka.

Hasrat Zizan memiliki kereta mewah itu menjadikan ramai peminat tertanya-tanya apakah model kereta yang menyebabkan pasangan ini sanggup berpisah.

Hasrat Zizan Beli Kereta Mewah Punca Emma Minta Putus

Kemudian tanpa disangka, pelakon dan pelawak Tauke Jambu telah memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagramnya bersama Zizan dengan sebuah kereta Ferrari berwarna kuning.

Apa yang menarik perhatian ialah kapsyen yang ditulis oleh Tauke itu seakan-akan memberi petunjuk bahawa kereta mewah tersebut adalah milik Zizan.

Ferarri Kuning Punca Sebenar Emma Maembong Merajuk

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Si kuning ni rupanya awek baru @zizanrazak869 hahha bangga aku jadi seorang pelawak toqqq lu memang rare.”

Bagaimanapun foto kereta mewah berkuasa tinggi itu kemudiannya telah dipadamkan.

Terbaru, Zizan melalui akaun Instagramnya telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen yang menunjukkan mereka berdua seakan kembali berdamai.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/143687/Ferari-Kuning-Punca-Hubungan-Zizan-%E2%80%93-Emma-Berantakan.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.