Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, Januari 04, 2015
Hajat Dua Sahabat Bantu Mangsa Banjir Tak Kesampaian Kerana Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia

Hajat Dua Sahabat Bantu Mangsa Banjir Tak Kesampaian Kerana Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia

Diceritakan oleh Zulhafiz Ismail

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan,sekitar jam 9pagi tadi selepas memasuki plaza tol Cheneh, Kemaman, menemui sebuah motorsikal yang baru terbabas.

Kelihatan seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuhraya dan kedua2 mereka dibantu dan di ajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian. Setelah dicek, sorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Hajat Dua Sahabat Bantu Mangsa Banjir Tak Kesampaian Kerana Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia

Apa yang mengharukan , arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Hajat Dua Sahabat Bantu Mangsa Banjir Tak Kesampaian Kerana Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia

Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid citq-cita kami".Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.

Moga ganjaran syahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga-moga juga adik Iman kembali sembuh.

Al Fatihah

Hajat Dua Sahabat Bantu Mangsa Banjir Tak Kesampaian Kerana Kemalangan, Seorang Meninggal Dunia



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.