Jumaat, 2 Januari 2015

Jumaat, Januari 02, 2015
Hanez Suraya & Romie Enggan Ulas Isu Bertunang | "Minta maaf banyak-banyak saya tak nak komen dan tak berani nak cakap apa-apa mengenai hal peribadi selepas macam-macam kes sebelum ini," kata Hanez Suraya, mengenai ura-ura terbaru dia bakal bertunang dengan Romie di Seremban, Sabtu ini.

Hanez Suraya & Romie Enggan Ulas Isu Bertunang

Kata Hanez, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai khabar angin itu kerana sudah serik dengan impak yang dihadapi berikutan isu hubungan berkenaan sepanjang tahun lalu.

"Tunggu sajalah nanti masa yang sesuai. Buat masa ini saya sudah serik berkongsi hal peribadi kepada umum. Lihat sajalah apa yang berlaku pada kerjaya saya sebelum ini apabila cerita peribadi ini mengaburi hal kerjaya.

"Jadi saya ambil keputusan untuk kunci mulut saja daripada bercakap apa-apa sekarang. Harap semua pihak menghormati pendirian saya," katanya.

Hanez Suraya & Romie Enggan Ulas Isu Bertunang

Ura-ura pertunangan Hanez suraya mengejutkan kerana sekitar pertengahan tahun lalu, hubungan Hanez dan Romie dikhabarkan sudah berakhir berikutan pelbagai kontroversi membabitkan perkahwinan lelaki itu.

2 GAMBAR: Hanez Suraya Bakal Bertunang Dengan Romie Sabtu Ini?

Romie sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nur Liyana Manan pada 9 Disember lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Dalam pada itu, menurut Romie pulaa, dia mengambil pendekatan untuk turut tidak mengulas demi menghormati banyak pihak.

“Saya tak nak kata ya atau tidak sekarang sebab ini urusan peribadi dan saya perlu menjaga hati keluarga kami,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/20937


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.