Ahad, 25 Januari 2015

Ahad, Januari 25, 2015
Hasrat Bersanding Tercapai - Aeril Zafrel & Wawa Zainal | Satu ketika dahulu, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal pernah merancang untuk mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka dalam suasana yang meriah dengan kehadiran jemputan.

Hasrat Bersanding Tercapai - Aeril Zafrel & Wawa Zainal

Namun, atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan, hasrat itu terkubur begitu sahaja. Namun, bagaikan orang mengantuk di sorong bantal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, akhirnya berpeluang merasai detik-detik indah itu pada 31 Januari ini.

Menganggap ianya sebagai rezeki dari Allah SWT, Aeril memberitahu bahawa dia tidak pernah menyangka akan mendapat tawaran seindah ini.

"Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana dilantik sebagai duta sempena Malaysian International Wedding Festival (MINWEF), dan  berpeluang menggayakan persalinan pengantin.

"Memang betul kami akan bersanding buat pertama kalinya pada festival berkenaan, namun saya sifatkan ianya lebih menjurus kepada tuntutan kerja dan tiada saudara mara yang akan hadir.

Hasrat Bersanding Tercapai - Aeril Zafrel & Wawa Zainal

"Ianya bertujuan untuk mempromosikan persalinan pengantin dan kami seronok kerana dapat sama-sama menjayakan festival ini," katanya lagi.

Festival ini akan bermula 28 Januari hingga 1 Februari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Dewan Kenangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSK). Difahamkan, majlis yang akan berlangsung mengikut adat itu lengkap dengan kompang.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hasrat-bersanding-tertunai-1.353889


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.