Khamis, 8 Januari 2015

Khamis, Januari 08, 2015
Hasrat Zizan Beli Kereta Mewah Punca Emma Minta Putus  | Hajat pelawak, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi dikatakan menjadi punca percintaannya dengan pelakon, Emma Maembong putus.

Hasrat Zizan Beli Kereta Mewah Punca Emma Minta Putus

Perkara itu diakui oleh Zizan sendiri yang menyatakan tercetus pergaduhan antara mereka kerana Emma tidak bersetuju dengan apa yang dihajatinya itu.

“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir.

“Malah, hajat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hasrat Zizan Beli Kereta Mewah Punca Emma Minta Putus

Baru-baru ini, Emma mengesahkan kepada salah sebuah akhbar, bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Zizan.

Perpisahan mereka mengejutkan banyak pihak apatah lagi pasangan ini dilihat sangat serasi dan ramai yang menjangkakan mereka akan berkahwin.

Dalam pada itu, Zizan menyangkal dakwaan yang mengatakan Emma mahu mengikis hartanya.

“Tentang tohmahan yang kata Emma nak kikis duit saya itu memang saya nafikan. Ia sesuatu yang tidak betul sama sekali,” jelasnya.

Hasrat Zizan Beli Kereta Mewah Punca Emma Minta Putus

Ditanya perasaannya terhadap Emma, jelasnya, dia masih mencintai wanita tersebut dan berharap hubungan mereka akan kembali mesra seperti dahulu. - UTUSAN ONLINE.


sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/hasrat-zizan-beli-kereta-mewah-punca-emma-minta-putus-1.45801


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.