Selasa, 20 Januari 2015

Selasa, Januari 20, 2015
Honda City Danny X Factor Di Langgar Pencuri Kereta | "Ketika kejadian kira-kira dalam pukul 12.30 malam saya berada dalam bilik untuk tidur dan tiba-tiba terdengar bunyi hentaman kuat dari arah luar rumah.

Honda City Danny X Factor Di Langgar Pencuri Kereta

"Saya pada mulanya ingatkan ia bunyi daripada lori sampah yang lalu namun selepas menjenguk ke luar tingkap saya lihat posisi kereta saya beralih dari tempat asal,"

Terkejut Danny X Factor apabila kereta Honda City miliknya yang diparking diluar rumah tiba-tiba dilanggar lelaki tidak dikenali di awal pagi Selasa..

Tambah pelik dan mencurigakan, selepas kejadian itu, lelaki berkenaan melarikan diri meninggalkan kereta curi dan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan itu.

Kata Danny, dia tidak menyangka bunyi dentuman kuat sebanyak dua kali yang datang dari luar rumah melibatkan keretanya.

Danny tinggal di Puncak Jalil, Bukit Jalil dekat sini.

Jelas Danny lagi, dia bagaimanapun keluar untuk melihat keadaan kereta tersebut selepas sejam kejadian kerana bimbang akan keselamatannya dan isteri sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah.

"Apabila saya keluar untuk melihat keadaan kereta ia dalam keadaan agak teruk dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku?

"Saya turut mendapati sebuah kereta jenis Proton Satria yang diletakkan di bawah pokok bersebelahan rumah saya turut mengalami kerosakan teruk dan menyangka ia kereta milik jiran yang turut dilanggar," katanya.

Honda City Danny X Factor Di Langgar Pencuri Kereta

Dalam pada itu, Danny berkata, semasa pihak polis datang ke rumahnya untuk melakukan siasatan seorang lelaki dalam lingkungan umur 25 tahun muncul mendakwa kereta Proton Satria tersebut miliknya yang telah dicuri.

Pemilik kenderaan itu turut terkejut apabila mendapati kereta Proton Satrianya remuk akibat melanggar kereta Danny yang diletakkan di luar pagar rumah.

"Lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan rumah saya namun tidak pernah mengenalinya sebelum ini dan saya meminta agar dia membuat laporan  polis namun dia enggan.

"Bagaimanapun dia mahu menanggung kerugian yang saya alami akibat kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Danny berkata, dia menyerahkan kepada pihak polis bagi menyiasat kejadian itu kerana bimbang mungkin terdapat unsur-unsur khianat yang tidak diketahuinya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/20/kereta-danny-dilanggar/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.