Ahad, 18 Januari 2015

Ahad, Januari 18, 2015
Zizan & Emma Belum Baik? | Hari tu menerusi laman Instagram Zizan Razak, gambar yang dimuatnaik beliau dengan kapsyen,"Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih doa doa yang baik dari anda semua..i love u sayang" memberitahu kita semua yang hubungannya bersama Emma Maembong telah pun pulih, dan ramai peminat gembira mendengar khabar tersebut.

Hubungan Zizan & Emma Belum Baik?

Namun hari ini menerusi Metro Ahad, ruangan CikPang menyatakan khabar yang sampai kepadanya adalah sebaliknya. Katanya hanya Zizan saja yang mengaku hubungan mereka telah pulih sedangkan Emma tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

Maknanya Zizan sekarang ni bertepuk sebelah tangan ker??

Emma Maembong Sahkan Hubungan Dengan Zizan Putus

Tambah Cik Pang lagi, Emma berpegang prinsip "sekali hati terluka, tak mungkin berpaling lagi"...Fuhh macam ayat cinta je kan...hehehe

Tambah menarik lagi, sumber Cik Pang tu mengatakan yang kisah Emma jatuh cinta dengan Kamal Adli itu adalah benar...huiyooo...

Hubungan Zizan & Emma Belum Baik?

Buktinya dia mengatakan ramai yang dah nampak Emma dan Kamal keluar bersama dan mereka kelihatan mesra.

Namun begitu, semua ni hanyalah gossip semata....jangan anggap benar-benar dah la..Kepada Zizan, cubalah menangi semula hati Emma sebaiknya.

Terbaru di Instagram Zizan, Emma dilihat menemani dia ketika Maharajalawak Mega 2014 yang berlangsung Isnin lalu dengan kapsyen.

"Semangat saya ade malam ni..semangat saya datang support sy..thanks sayang.. "

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/24484
http://instagram.com/zizanrazak869


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.