Sabtu, 24 Januari 2015

Sabtu, Januari 24, 2015
Iqbal Ceria Pop Star Luah Rasa Kecewa Dengan Astro | Bapa Iqbal Ceria Popstar, Omar Baqi mengakui tindakan anaknya meluahkan rasa kecewa terhadap Astro di laman sosial merupakan sesuatu yang tidak wajar.

Iqbal Ceria Pop Star Luah Rasa Kecewa Dengan Astro

Menurut Omar, Iqbal (Ahmad Iqbal Iqnada, 16,) terlalu mengikut emosi dan darah muda yang boleh mengeruhkan hubungan mereka dengan pihak stesen televisyen tersebut.

"Saya sudah beberapa kali nasihatkan dia agar tidak menulis apa-apa di laman sosial ketika dalam keadaan marah yang boleh mengundang perkara tidak diingini.

"Saya baru diberitahu tentang kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram tentang kekecewaannya terhadap satu program dan sekarang saya mahu dia buang status itu," ujarnya.

Omar diminta mengulas tentang status anaknya, naib juara program Ceria Popstar musim kedua yang meluahkan rasa kecewa apabila penglibatannya dalam sebuah program terbitan Astro dibatalkan.

Dalam status itu, Iqbal berkata tidak mahu terlibat dalam apa-apa juga acara yang dianjurkan pihak televisyen tersebut lagi pada masa akan datang.

Iqbal Ceria Pop Star Luah Rasa Kecewa Dengan Astro

Sementara itu, bapanya mengakui pihak Astro sudah memaklumkan tentang pembatalan itu kepadanya terlebih dahulu.

"Saya sudah diberitahu tentang pembatalan itu oleh pihak Astro atas sebab-sebab tertentu cuma dia rasa agak kecewa apabila tidak dapat terlibat sama.

"Mungkin dia terlalu emosi dan mengikut darah muda, tetapi saya tidak mahu perkara itu akan mengeruhkan hubungan kami dengan Astro," ujarnya.

Omar berkata, dia akan lebih memantau dan menasihatkan anaknya agar tidak terlalu mengikutkan perasaan dalam menulis sesuatu di khalayak yang boleh mencetuskan kontroversi.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/23/bapa-iqbal-kecewa/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.