Rabu, 28 Januari 2015

Rabu, Januari 28, 2015
IS Serang Hotel Antarabangsa, 9 Maut Termasuk Wakil US| Sembilan orang diplomat dan orang kenamaan terbunuh selepas tiga lelaki bersenjata dipercayai dari kumpulan (IS) melakukan serangan di sebuah hotel mewah di ibu negara Libya itu pada Selasa.


Jurucakap pegawai keselamatan, Issam al-Naass berkata, serangan secara rambang itu dilakukan tiga suspek selepas mereka meninggalkan sebuah bom kereta di luar Hotel Corinthia.

Suspek kemudian telah naik ke tingkat 24 yang menjadi tempat diplomat dan orang kenamaan bertemu sebelum meledakkan tali pinggang yang berisi bahan letupan.

Pemerintah Libya, Omar al-Hassi turut berada di lokasi serangan, tetapi berjaya dipindahkan oleh pasukan keselamatan degan selamat.

Naass memberitahu, sembilan mangsa yang terbunuh terdiri daripada dua warga Filipina, masing-masing seorang dari Amerika Syarikat, Perancis dan Korea Selatan.

IS Serang Hotel Antarabangsa, 9 Maut Termasuk Wakil US

Baki mangsa yang maut belum didedahkan identitinya sehingga kini.

Serangan terhadap lokasi berprofil tinggi itu dilapor telah menunjukkan kerapuhan keselamatan di ibu negara berkenaan.

Malah ianya turut meningkatkan kerisauan mengenai amaran IS yang mahu melebarkan penguasaan di Asia Barat dan utara Afrika.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2015/01/28/serangan-tripoli/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.