Khamis, 22 Januari 2015

Khamis, Januari 22, 2015
ISU QU PUTEH: "CHEF WAN ADALAH MENTOR SAYA" - DR VIDA | Meskipun hati Dr Vida masih tabah apabila dicemuh segelintir masyarakat, namun yang membuat jiwanya sedih dan remuk ialah kritikan pedas daripada orang yang dianggapnya sebagai sahabat iaitu Datuk Chef Wan.

ISU QU PUTEH: "CHEF WAN ADALAH MENTOR SAYA" - DR VIDA

Antara kritikan Chef Wan melalui Instagram miliknya ialah dia terpaksa beralih ke ruang tamu sebaik melihat iklan Qu Puteh disiarkan ketika menonton Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29).

Malah Chef Wan juga telah memuat naik gambar lucu seolah memerli produk Qu Puteh apabila memakai bedak sambil makan mi segera. Jika dibayangkan lebih lanjut, mee yang terjulur itu juga ibarat Chef Wan 'muntah' disebabkan melihat iklan produk tersebut.

"Dia seharusnya tidak berbuat demikian kerana saya pernah berkunjung ke rumahnya (Chef Wan) semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.

"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Vida meluahkan hasrat untuk bertemu dengan Chef Wan suatu hari nanti. Untuk apa pertemuan tersebut kami kurang pasti tetapi kemungkinan mahu menjernihkan semula salah faham antara mereka.

Terdahulu Dr Vida berkata, dia telah melaburkan sejumlah RM3 juta untuk menjayakan AJL29 dan dia mempunyai hak untuk mempromosikan produknya selepas mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan TV3.

"Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada.

"Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk," jelasnya dipetik sebagai berkata kepada mStar Online.


sumber
http://www.myartis.com/2015/01/isu-qu-puteh-chef-wan-adalah-mentor.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.