Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, Januari 03, 2015
Izreen Azminda Jumpa Kekasih Baru? | Sebelum ni gosip Izreen Azminda dan Amar Baharin betul-betul hangat kerana hubungan yang dikatakan bermula di lokasi hinggalah ke titik noktah perceraian Izreen sendiri.

Izreen Azminda Jumpa Kekasih Baru?

Tapi nampaknya dek kerana beberapa masaalah yang mereka sendiri tak dapat selesaikan, hubungan tersebut tak sampai kemana-mana pun.

Terbaru, dua keping gambar mesra (entah betul mesra atau tidak) Izreen Azminda dirakam bersama seorang pelakon baru.

Mulanya gambar yang dimuat naik Izreen di Instagramnya ini langsung tak menunjukkan muka masing-masing. Seolah sengaja membiarkan peminat meneka dan berspekulasi.

Izreen Azminda Jumpa Kekasih Baru?

Dan akhirnya wajah jejaka berkenaan berjaya dilihat dan dikenali apabila pelakon lelaki itu turut memuat naik gambar yang sama dengan Izreen. Cuma gaya sahaja yang berbeza. Lebih mesra!

Adakah Izreen dan pelakon yang dikenali sebagai Nazrief Nazri itu sengaja mencipta publisiti atau mereka sebenarnya sedang bercinta atau hanya promosi drama terbaru?

Izreen Azminda Jumpa Kekasih Baru?

Bagi yang tertanya-tanya Nazrief ni siapa, rupa-rupanya pelakon macho badan sado mirip Fahrin Ahmad ni adalah bekas finalis Hero Remaja 2012. Nazrief pernah berlakon dalam drama Maskara, Misiku Kuza 2 dan pernah bergandingan dengan Nur Fathia untuk sebuah drama RTM.

sumber
http://www.ohbulan.com/foto-mesra-pelakon-sado-cinta-baru-izreen-azminda/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.