Ahad, 11 Januari 2015

Ahad, Januari 11, 2015
JAMBATAN SG BENTONG DITUTUP KEPADA LALULINTAS: LAPORAN TANAH RUNTUH DAERAH BENTONG 2015

Jambatan Sg Bentong Di Tutup  Kepada Lalulintas

Tarikh :   11 Januari 2015
Masa : 4.40 am

1. Route : FT 008
    Nama jalan :
    Jalan Bentong - Raub
    Seksyen : 6.2
 ( Jambatan Sg. Bentong )
    Panjang kawasan
    terlibat : 20m
    Ketinggian : 5m
    Status : Ditutup kpd semua  kenderaan. Terdapat lubang benam (sinkholes) pada bahagian approach road jambatan akibat runtuhan slope di bwh jambatan

Laluan alternatif = Bentong - Exit Mempaga - FT1498 - Spg Lebu - Raub (vice versa)

Jambatan Sg Bentong Di Tutup  Kepada Lalulintas
Jambatan Sg Bentong Di Tutup  Kepada Lalulintas

Difahamkan Jambatan Sg Bentong ini ditutup kepada lalulintas selama 3 hari. Menerusi siaran akhbar Berita Harian, jambatan Sungai Bentong di tutup sementara berikutan hakisan dan berlubang akibat hujan lebat dan air sungai deras.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), berkata semua kenderaan yang mahu ke Raub dan Kelantan menggunakan jalan alternatif Felda Sertik-Mempaga-Kampung Lebu-Raub.

Katanya, berlaku hakisan yang agak serius di jambatan itu menyebabkan jalan berlubang semula.

Jambatan Kg Baru Bentong Berlubang?

Beliau berkata, hakisan masih aktif dan lubang makin membesar.

"Merujuk kepada pandangan teknikal JKR dan lain lain jabatan, jambatan Sungai Bentong di bandar Bentong laluan FT 02 ditutup buat sementara waktu bagi semua kenderaan.

"Papan tanda sudah diletak di lokasi berkaitan supaya orang ramai menggunakan laluan alternatif," katanya.

Jambatan Sg Bentong Di Tutup  Kepada Lalulintas

Sebelum ini jambatan tersebut pernah berlubang namun ianya telah diturap semula. Bagaimanapun terkini, ianya berlubang lagi sehingga terpaksa ditutup kepada semua lalulintas.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/28451


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.