Jumaat, 2 Januari 2015

Jumaat, Januari 02, 2015
Jasad Khairunisa Di Iringi Tony Fernandes di Palembang | Mayat Khairunisa Haidar, pramugari berusia 22 tahun yang berada dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 ketika ia terhempas, akan diterbangkan ke kampung halamannya di Palembang pada hari ini.

Jasad Khairunisa Di Iringi Tony Fernandes di Palembang

Mayatnya diserahkan kepada keluarganya selepas selesai proses identifikasi melalui pengesanan cap jari dan rekod pergigian, lapor portal berita Indonesia Republika Online.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau telah pergi ke Surabaya untuk terbang ke Palembang untuk mengiringi jasad Khairunisa.

Jasad Khairunisa Di Iringi Tony Fernandes di Palembang

Jasad Khairunisa sebelum ini dilaporkan ditemui lengkap berpakaian seragam pramugari penerbangan tersebut bersama tag nama.

Semalam, jenazah Hayati Lutfiah Hamid telah dikenal pasti sebagai mangsa pertama oleh pasukan forensik identifikasi mangsa nahas (DVI) dan telah selamat dikebumikan pada Khamis.

Jasad Khairunisa Di Iringi Tony Fernandes di Palembang

Pesawat QZ8501 jenis Airbus A320-200 bersama 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Lapangan Terbang Juanda di Surabaya pada 5.35 pagi 28 Dis 2014 dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama.

Ia terputus hubungan dengan menara kawalan udara Jakarta pada 7.24 pagi.

Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).

Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/tony-fernandes-ke-palembang-untuk-iringi-jasad-khairunisa-51412


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.