Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, Januari 03, 2015
Jenazah Khairunisa Selamat Di Kebumi | Jenazah pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, pramugari berusia 22 tahun yang berada dalam penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 ketika ia terhempas, selamat dikebumikan pada Jumaat.

Jenazah Khairunisa Selamat Di Kebumi

Menurut laporan Kompas.com yang memetik laporan Sriwijaya Post, Khairunisa dikebumikan di pemakaman keluarganya di Bukit Lama, Palembang.

Laporan itu berkata, pengawalan ketat mengiringi perjalanan jenazah menuju tempat peristirahatan terakhirnya itu.

Suasana hiba dilaporkan mengiringi perjalanan mayat, di mana rakan-rakan setugas Khairunisa dilihat menangis tidak henti-henti di rumah itu.

Kekasih Khairunisa, yang dikenali sebagai Divo, turut hadir dan tampak sedih dengan pemergian Khairunisa.

Kira-kira 25 orang kakitangan dan rakan AirAsia Indonesia mengiringi jenazah dengan pesawat khas diterbangkan Kapten Ahmad Rizal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dilaporkan melawat rumah Khairunisa untuk menyerahkan sendiri mayatnya kepada keluarganya.

Tony tiba di rumah itu di Jalan Pipa Reja Angkatan 66, sepuluh minit selepas mayat Khairunisa tiba.

Satu lagi laporan Kompas.com yang memetik laporan Tribun Sumsel, berkata ibunya menangis sebaik sahaja mayatnya diturunkan ke dalam liang lahad, menambah kepiluan situasi itu.

Setakat ini, 30 mayat telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat pesawat tersebut, yang diketuai Indonesia.

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/pramugari-khairunisa-selamat-dikebumi-diiringi-tangisan-ibunya-51429


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.