Jumaat, 16 Januari 2015

Jumaat, Januari 16, 2015
Jep Sepahtu Sah Demam Denggi | Teka teki mengenai penyakit yang dihidapi pelawak popular Jep Sepahtu akhirnya terbongkar jua apabila pihak Kosmo menghubungi dan mengesahkan penyakit Jep Sepahtui sendiri.

Jep Sepahtu Sah Demam Denggi

Minggu ke sembilan menyaksikan Shuib terpaksa membawa diri keseorangan melawak di MLM 2014 akibat penyakit yang dihidapi Jep.Kata Jep...

"Ya, pada malam itu saya tidak dapat bersama dengan Shuib melakukan persembahan kerana saya dijangkiti demam denggi."

"Saya tidak tahu bagaimana mahu menyebut nama penyakit itu secara saintifik tetapi menurut doktor yang merawat saya, memang saya diserang demam denggi."

"Ketika saya disahkan demam, seboleh-bolehnya saya mahu juga naik ke pentas MLM. Saya juga ada bercakap dengan Shuib, jika dia mahu saya beraksi pada malam tersebut, saya tidak kisah. Saya akan lakukan apa yang termampu walaupun hanya untuk lima minit."

"Saya pun tidak tahu sama ada mampu membuat persembahan atau tidak tetapi saya cuba. Saya tidak mahu membiarkan Shuib keseorangan pada malam itu.Namun, Shuib menolak. Dia katakan kepada saya, dia boleh lakukan sendirian. Mungkin dia rasa kasihan melihatkan keadaan saya pada ketika itu memandangkan dia antara yang turut menghantar saya ke hospital.

Tambah Jep Sepahtu lagi,"Sebenarnya, sebelum saya disahkan terkena jangkitan denggi, saya sudah pun mengalami demam selama empat hari. Mula-mula saya hanya fikir, itu cuma demam biasa dan buat tidak kisah sahaja.

"Saya cuma makan ubat macam biasa dan tidak pergi mendapatkan pemeriksaan di hospital. Tetapi, ada rakan menasihatkan agar saya membuat pemeriksaan doktor kerana suhu badan pada waktu itu mencecah hingga 40.1 darjah Celsius."

"Ternyata telahan itu benar apabila saya memang disahkan menghidap demam denggi. Selepas menjalani pemeriksaan darah dan sebagainya, saya ambil cuti selama 10 hari dan berehat di kampung."

Keadaan Jep Sepahtu kini sudah mulai beransur pulih dan dia telah pun mula bekerja namun akui dirinya mudah berasa penat.

"Alhamdulillah suhu badan saya sudah kembali normal. Apa yang saya boleh katakan, saya masih belum cergas seperti biasa tetapi saya sudah boleh mula bekerja sekarang. Cuma mungkin belum pulih sepenuhnya. Sekarang, saya mudah berasa penat"

Di tanya tentang aksi pada malam ini di MLM 2014, jawab Jep,"Insya-Allah. Kalau diikutkan hati, memang saya mahu beraksi pada malam ini. Lagi pun, ramai peminat tertanya-tanya sama ada saya akan muncul atau tidak. Sebolehnya saya tidak mahu menghampakan mereka."

"Namun, buat masa sekarang saya tidak boleh beritahu kata putus. Semuanya bergantung kepada keadaan diri saya. Kalau lihat keadaan badan saya sekarang, memang sudah boleh bekerja tetapi seperti apa yang saya katakan tadi, badan cepat letih. Mungkin antibodi saya masih belum kuat."

"Semua ini kuasa Allah. Mungkin saya memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali sihat macam biasa. Perkara melibatkan kesihatan dan saya tidak berani untuk menjanjikan apa-apa. Tengoklah macam mana nanti."

Apapun, marilah kita sama-sama doakan agar Jep Sepahtu kembali pulih seperti biasa dan tidak dinafikan ketiadaan Jep pada MLM 2014 membuatkan peminat lebih merindui lawak beliau dipentas itu.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.