Sabtu, 10 Januari 2015

Sabtu, Januari 10, 2015
Jep Sepahtu Tinggalkan Shuib | Baru-baru ini pelawak otai Ilya Buang mengejutkan dunia hiburan tanah air selepas mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan Sepahtu dalam persaingan dalam program Maharajalawak Mega 2014.


Shuib menerusi Instagramnya memuatnaik kapsyen,

"As salam semua..minggu ini tema seram...mmg seram...utk makluman semua,jep tidak dpt beraksi mlm ini atas masalah kesihatan yg mmg tidak mengizinkan...Jadi sy sorang yg akan membuat persembahan malam ni...doakan sy...doakan jep cepat sembuh dan support sepahtu....sy akan cuba buat yg terbaik"

Dalam pada itu, Siti Sarah Raissuddin isteri Shuib juga dilihat memberikan kata semangat dan perangsang kepada suaminya yang kali pertama bakal muncul secara solo selepas Jep Sepahtu terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

Jep Sepahtu Tinggalkan Shuib

“Moga ALLAH permudah kan kerja u sayang.. walaupun jep tak dapat bersama u malam ni tapi semangat dia sentiasa ada bersama u sayang.. macam tu jugak dengan i… goodluck @shuibsepahtu get well soon @jepsepahtu..,” luah Sarah menerusi kapsyen foto yang dimuat naik.

Ianya bakal memberi cabaran besar buat Shuib selepas terpaksa mengharungi minggu kesembilan program MLM 2014 secara solo. Lebih-lebih lagi minggu kesembilan menyaksikan baki lapan kumpulan bakal diuji dengan tema ‘Seram’.

Hingga kini, status kesihatan Jep masih menjadi tanda tanya peminat sehingga dia terpaksa menarik diri dari pertandingan ini di saat akhir. Apapun, semoga Jep Sepahtu cepat sihat dan kembali bergabung bersama Shuib.

#Ada peminat suh Shuib pangggil balik Mamat Sepah kat Maharajalawak Mega nih...

sumber
http://aans1.blogspot.com/2015/01/jepp-kini-tinggalkan-sepahtu.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.