Selasa, 6 Januari 2015

Selasa, Januari 06, 2015

Kahwin Tanpa Restu, Suami Isteri Mati Di Bunuh | Sepasang suami isteri yang berkahwin tanpa restu keluarga si isteri, telah mati dibunuh dalam serangan melibatkan lima lelaki, dipercayai diketuai oleh bapa kepada wanita berkenaan.

Sandeep Rani, 24, dan isterinya Khushboo, 22, yang tinggal berjiran, mengambil risiko untuk berkahwin.

Mereka kemduainnya mendapatkan perintah mahkamah bagi memohon perlindungan daripada polis.

Meskipun mahkamah memerintahkan polis untuk melindungi pasangan itu, namun pihak berkuasa dikatakan enggan melaksanakan arahan mahkamah.

Selepas berterusan menerima ancaman bunuh, pasangan itu meninggalkan kampung tersebut dan menetap bersama rakan mereka di wilayah lain.

Mereka kemudiannya pulang ke kampung halaman mereka di Mugowal namun berakhir dengan kematian selepas diserang lima lelaki yang memakai topeng dan membawa pedang.

Bapa pengantin lelaki kini kritikan ketika cuba mempertahankan anaknya.

Polis bagaimanapun menafikan ia gagal melaksanakan arahan mahkamah sebaliknya mendakwa pasangan berkenaan yang enggan mendapatkan perlindungan ketika mereka pulang ke kampung.

sumber
http://mynewshub.cc/2015/01/06/pasangan-suami-isteri-kahwin-tanpa-restu-mati-dibunuh/
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2897540/Young-couple-granted-police-protection-relatives-did-not-approve-hacked-death-officers-refused-carry-judge-s-orders.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.