Khamis, 22 Januari 2015

Khamis, Januari 22, 2015
Kecoh Vokalis Marah Jurugambar di Mahkamah | Usaha mendapatkan perintah reman terhadap seorang bekas vokalis kumpulan pop terkenal era 90-an atas dakwaan memiliki dadah jenis heroin di Mahkamah Majistret Ampang bertukar kecoh apabila penyanyi tersebut mengeluarkan kata-kata kesat kepada jurugambar.

Kecoh Vokalis Marah Jurugambar di Mahkamah

Kejadian itu berlaku sewaktu beberapa jurugambar cuba merakam gambar suspek yang memakai baju hitam ketika dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Sabtu ini dikeluarkan oleh Pendaftar, Mohd. Rahbadar An-Nur Haslan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta yang sama.

Vokalis berusia 43 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanitanya kerana disyaki memiliki dadah jenis heroin dengan berat kasar 1.2 gram dalam satu serbuan di rumahnya di Taman Keramat.

Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, hasil maklumat yang diperoleh.

Rakan wanitanya turut direman empat hari sehingga Sabtu ini di mahkamah sama. Menurut sumber polis, dalam soal siasat awal, penyanyi tersebut mendakwa telah terbabit dalam gejala penagihan dadah jenis syabu dan heroin sejak 10 tahun lalu.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dadah-bekas-vokalis-kumpulan-muzik-8232-direman-hingga-sabtu-1.50893


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.