Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
Keluarga- Kepulangan Muzi Tetap Di Nanti | Keluarga Muzi Yusop, 50, seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang, reda dengan keputusan kerajaan mengisytiharkan 239 penumpang dan anak kapal terkorban selepas pesawat itu diumumkan terbabit dalam kemalangan.

Keluarga- Kepulangan Muzi Tetap Di Nanti

Bapanya, Yusop Tahir, 76, berkata, walaupun kerajaan mengumumkan perkara itu petang tadi, beliau dan ahli keluarga yang lain masih berharap anak lelakinya itu selamat.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui perkembangan terkini mengenai tragedi itu selepas dimaklumkan seorang kenalan yang datang ke rumahnya pagi tadi.

"Saya reda dengan pengumuman yang dibuat kerajaan mengenai pesawat berkenaan tetapi tetap berharap ia akan ditemui.

"Walaupun kerajaan sudah mengisytiharkan penumpang pesawat MH370 terkorban, tapi saya dan keluarga masih setia menanti kepulangan anak sulung saya ke pangkuan keluarga," katanya sebak ketika ditemui di kediamannya, petang tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/27203#sthash.g7f9Uy5i.dpuf



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.