Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, Januari 04, 2015
Keluarga Pelakon Cilik Demand Bayar Tinggi | Sejak nama pelakon ni naik sahamnya, pelbagai pihak cuba mencari dia, tapi malangnya keluarganya dah mula pandai 'demand' bayaran tinggi.

Memandangkan pelakon ini masih mentah, maka segala keputusan membabitkan urusan kerja dilakukan oleh keluarga.

Keluarga Pelakon Cilik Demand Bayar Tinggi

Baru-baru ini, khabarnya ada pihak mahu merakam gambar pelakon ini dan menghubungi keluarganya. Dari awal perbincangan, sudah ada beberapa syarat mengejutkan mereka.

Antaranya, jika mahu merakam foto pelakon itu, tidak boleh digandingkan dengan mana-mana anak seni lain. Bab pemilihan pakaian, mereka yang putuskan.

Ia tidak menjadi masalah kerana sebagai keluarga, mereka sememangnya berhak menentukan apa yang boleh atau tidak boleh dipakai demi kebaikan pelakon itu. Maklumlah, perjalanannya masih jauh, jadi kena cari imej sesuai dengan usia dan sedap dipandang.

Bagaimanapun, urusan terhenti separuh jalan apabila perundingan menyentuh soal harga... difahamkan, bayaran diminta keluarga pelakon ini sangat tinggi.

Keluarga Pelakon Cilik Demand Bayar Tinggi

Daripada berminat, terus hilang apabila permintaan itu dirasakan melampau dan tidak masuk akal. Tak kuasa pihak berkenaan melayan kerenah dan 'demand' keluarga pelakon ini.

Kalau ikutkan, mereka tak ada masalah bekerjasama de­ngan pelakon itu kerana orangnya pandai bawa diri namun disebabkan syarat 'kekwat' keluarga, mereka rasa tawar hati.

#So tak mustahil satu hari namanya akan mulai pudar dek sikap melampau keluarganya itu..kekekeke - Admin suka cepat2 kaya beb!!!

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/21326


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.