Rabu, 28 Januari 2015

Rabu, Januari 28, 2015
Kes Zizan Mencelah, Ini Penjelasan Fazura | "Saya tak tujukan kepada Zizan Razak sahaja, ia lebih kepada kumpulan Virus itu sendiri. Ini kerana mereka telah mencelah kata-kata juri sebanyak dua kali iaitu sewaktu saya dan Farah Quinn memberi komen," jelas Fazura menerusi Mangga Online.

Kes Zizan Mencelah, Ini Penjelasan Fazura

"Sejujurnya, untuk mengungkapkan sesuatu persembahan itu hambar bukan mudah. Malah, untuk beri mereka dua markah itu pun adalah satu perkara yang sangat susah. Jadi, bagi saya, dengan sikap mereka sebegitu adalah tidak wajar kerana mereka seperti tidak ambil serius dengan persembahan mereka dan kata-kata juri"

"Saya dan Zizan adalah kawan tapi apabila dalam pertandingan itu, saya adalah juri dan dia adalah peserta. Kalau boleh, biarlah saya habiskan dulu kata-kata saya barulah boleh mencelah atau buat lawak,"

Fazura Bengang Sikap Berlagak Zizan Razak

“Bila isu ini timbul dan diperbesarkan, sudah semestinya ramai yang batu api dan tulis mengenai hal itu. Semua orang ada mulut tapi akal tidak semua orang ada,” katanya yang ditemui sewaktu majlis pelancaran produknya Fazfit di J.W. Marriot Hotel, Kuala Lumpur, petang tadi.

Beliau juga berkata yang status kontroversi tersebut bukan sahaja untuk mereka yang terlibat namun untuk dirinya sendiri juga kerana sepopular mana pun seseorang itu, beliau masih seorang manusia biasa yang perlu belajar dari kesilapan.

"Sebelum saya memuat naik status itu lagi pengikut saya di Instagram dan Twitter dah bercakap mengenainya. Tetapi waktu itu saya biarkan sahaja sehinggalah saya pulang ke rumah, saya muhasabah diri sebelum tidur dan berfikir bahawa walaupun seseorang itu sudah popular, akhirnya kita manusia biasa sahaja," katanya.

sumber
http://www.manggaonline.com.my/fazura-jawab-isu-tweet/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.